Wednesday 1 August 2012

Bagaimana Takaful dapat membantu menyelamatkan syarikat?


Anda seorang Usahawan atau Keyman dalam BISNES?

Anda adalah seorang usahawan (small and medium enterprise)? Sudah pasti anda telah melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan anda itu. Dan sudah pasti anda amat berharap ia akan berjalan seperti yang dirancang dan diharap.

Bagi usahawan yang memiliki syarikat atau organisasi perniagaan , insurans yang paling sesuai adalah insurans keyman ataupun business insurance. Key man di sini bermaksud orang yang utama dalam sesebuah bisnes itu. Selalunya usahawan itu sendiri yang perlu mendapatkan key man. Biasanya apabila usahawan membuka francais ataupun syarikat berdasarkan konsep rakan kongsi. Ada dua tiga orang rakan kongsi. Masalah timbul jika salah seorang partner meninggal dunia.

Mengikut akta syarikat, untuk syarikat sendirian berhad, jika salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, akaun dan juga syarikat itu perlu ditutup. Jadi sekarang, bagaimana nasib dua orang lagi rakan kongsinya jika syarikat terpaksa ditutup. Bank yang memberikan pinjaman akan bimbang jika berlaku kematian, banyak hutang tidak dapat diselesaikan. Sebab itulah syarikat dibekukan. Selesaikan dahulu semua hutang, baharu boleh dibuka semula.

Untuk mengelakkan masalah ini, perlu ada Keyman Takaful ataupun Insurans Perniagaan. Bagaimana Takaful ini berfungsi? Setiap rakan kongsi, misalnya partner A dan partner B. Saham masing-masing dalam syarikat adalah 50 peratus setiap seorang. Jadi, kita akan memberikan ’sum assured’ yang bersamaan dengan saham tadi. Katalah setiap orang meletakkan RM1,000,000. Jadi kita akan berikan ’sum assured’ bernilai RM1,000,000. Kita akan buat konsep cross funtion. A ambil Takaful untuk hayat B. B pula ambil Takaful untuk hayat A.

Sekiranya salah seorang rakan kongsi ini meninggal dunia, Prudential BSN Takaful yang akan membayar pampasan kepada keluarga si mati tanpa memberi kesan kepada rakan kongsi B. Keluarga si mati tidak perlu bersusah payah menuntut hak mereka daripada perniagaan rakan kongsi B tadi. Jadi, rakan kongsi B dapat meneruskan perniagaan seperti biasa walaupun tanpa rakan kongsi A.

Satu lagi perkara yang saya mahu sebut mengenai usahawan ialah usahawan tidak makan gaji. Maksudnya, mereka tidak ada pemotongan ataupun caruman KWSP. Jadi, usahawan sekarang terdedah kepada masalah yang sudah menunggu 20 ataupun 30 tahun akan datang ketika umur mereka 55 tahun. Sebab itulah kami di sini menekankan betapa Takaful Perniagaan perlu diwujudkan untuk melindungi pendapatan persaraan mereka.

Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai Keyman Business Takaful Insurans yang menepati ‘keperluan‘ & ‘keutamaan’ business anda? Insyallah saya sedia membantu anda mendapatkan khidmat rundingan secara PERCUMA.