APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya. Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.
PADA usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?
Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.
Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?
Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.
Apakah jenis insurans perlu diambil golongan muda?
Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.
Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorang itu sebelum mereka membeli insurans?
Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka. Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investmentlinked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans.
Bagaimana dengan konsep membeli insurans dalam masa sama membuat pelaburan? Adakah ia sesuai dengan golongan muda?
Ya, ia sesuai. Ini kerana insurans berkaitan pelaburan (investment-linked) adalah gabungan pelaburan dan perlindungan.
$15 casino coupon code - ridercasino.com
ReplyDelete$15 casino coupon code. Find your perfect coupon code. 10bet Get 20% off hotel stay with 11bet our 카지노 first deposit. Signup now!