Diabetes
Diramalkan dalam tempoh 10 tahun 72 peratus kematian akan
disebabkan penyakit kritikal seperti kegagalan buah pinggang, kardiovaskular
dan diabetes.
Penyakit kronik tidak berjangkit seperti
kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan penyakit kronik
buah pinggang (CKD) kini mengambil tempat penyakit berjangkit sebagai ancaman
utama kepada kesihatan umum dan bajet kesihatan seluruh dunia.
Ketika kematian disebabkan penyakit berjangkit
dijangka menurun sebanyak 3 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang, penyakit
kronik tidak berjangkit pula dianggarkan meningkat 17 peratus dengan
menyebabkan 72 peratus kematian terutama dikalangan mereka yang berumur 30
tahun ke atas.
Contoh, masalah buah pinggang yang sebelum ini
tidak mendapat perhatian kini muncul sebagai unsur kritikal dalam usaha
pencegahan penyakit. Penyakit itu menjadi komplikasi yang menyebabkan kematian
dikalangan pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi serta mampu menjadi
indikator perkembangan kejadian kardiovaskular.
Ketua Perkhidmatan Nefrologi, Kementerian
Kesihatan, Datuk Dr Rozina Ghazalli, berkata masalah dalam fungsi buah pinggang
juga menandakan masalah dalam sistem vaskular.
Justeru, katanya ia boleh menyumbang kepda pengesanan awal penyakit lebih serius seperti strok, vaskular periferi, masalah jantung kronori dna kegagalan fungsi buah pinggang (ESRF).
"CKD wujud apabila perkumuhan albumin dalam air kencing seseorang individu meningkat. Penurunan fungsi buah pinggang atau kadar filtrasi glomerular (GFR) yang banyak juga menandakan wujudnya penyakit ini," katanya.
Justeru, katanya ia boleh menyumbang kepda pengesanan awal penyakit lebih serius seperti strok, vaskular periferi, masalah jantung kronori dna kegagalan fungsi buah pinggang (ESRF).
"CKD wujud apabila perkumuhan albumin dalam air kencing seseorang individu meningkat. Penurunan fungsi buah pinggang atau kadar filtrasi glomerular (GFR) yang banyak juga menandakan wujudnya penyakit ini," katanya.
Beliau berkata , ini menyebabkan wujud
kompilakasi lain seperti tekanan darah tinggi, masalah kurang darah (anamia),
penyakit jantung dan masalah salur darah lain.
Diseluruh dunia, katanya terdapat lebih
daripada 500 juta individu atau seorang dari 10 orang populasi menghidap
penyakit buah pinggang dalam tahap yang berbeza.
Punca utama penyakit buah pinggang adalah
masalah nefron atau radang pada buah pinggang, jangkitan, halangan salur
kencing serta penyakit keturunan seperti penyakit buah pinggang
polisistik.
"Dinegara maju dan membangun, puncanya pula dikaitkan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi. Penyakit ini juga punca paling biasa penyakit kardiovaskular," katanya.
"Dinegara maju dan membangun, puncanya pula dikaitkan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi. Penyakit ini juga punca paling biasa penyakit kardiovaskular," katanya.
Penyakit Kronik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mensasarkan untuk menurunkan
kadar kematian disebabkan penyakit kronik sebanyak dua peratus setahun untuk 10
tahun akan datang iaitu bersamaan dengan 36 juta kematian.
Justeru, usaha WHO itu harus diselarikan dengan perancangan kesihatan diseluruh dunia. Satu daripadanya sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia yang dirai bagi menyebarkan mesej CKD adalah masalah kronik yang kerap berlaku, berbahaya tetapi boleh dirawat.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Hari Buah Pinggang Sedunia 2008, Dr Goh Bak Leong, berkata sambutan tahun ini menggabungkan kerjasama antara Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Persatuan Nefrologi Malaysia.
"Kempen itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalh penyakit buah pinggang, kepentingan pegesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang di kalangan kanak-kanak, selain lapisan masyarakat yang lain.
"Ia membabitkan sesi ceramah umum dan pemeriksaan kesihatan buah pinggang oleh unit bergerak Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan," katanya.
Statistik Kesihatan oleh
Kementerian
Sumber : Berita Minggu
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan
penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang
merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital pada 2008. Malah, anggaran
penyakit jantung koronori di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun
bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya - 4.52 kes baru setiap jam!
Bagi penyakit barah pula, maklumat kanser Malaysia 2006 yang dikumpul kementerian pula menunjukkan seorang bagi setiap tujuh rakyat Malaysia berisiko menghidap penyakit itu.
Bagi penyakit barah pula, maklumat kanser Malaysia 2006 yang dikumpul kementerian pula menunjukkan seorang bagi setiap tujuh rakyat Malaysia berisiko menghidap penyakit itu.
Meskipun statistik agak mengerikan, kadar pemulihan menggalakkan jika diagnosis dan rawatan diberikan pada peringkat awal penyakit kritikal. Malah, berbekalkan kemajuan perubatan, kadar pemulihan hari ini lebih baik dari dulu. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang pulih boleh meneruskan kehidupan produktif. Akan tetapi, pesakit perlu membuat peruntukan untuk kos pemulihan, rawatan khas dan perubahan diet dan ini memerlukan sokongan kewangan yang kukuh.
Apakah dana kita mencukupi untuk mendapatkan
rawatan? Menurut kajian Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada 2008, ahli
berusia 54 tahun memiliki purata simpanan sebanyak RM132,539 sahaja. Tinjauan
sebuah bank pula melaporkan rakyat Malaysia hanya memiliki simpanan yang boleh
bertahan 11 minggu. Sekiranya mereka kehilangan mata pencarian, satu bagi
setiap lima orang menyatakan simpanan mereka boleh menanggung perbelanjaan
biasa selama empat minggu sahaja.
Simpanan ini hanya meliputi perbelanjaan harian dan tidak termasuk
perbelanjaan perubatan untuk sesuatu penyakit kritikal.
Kos perubatan kanser boleh menokok
sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang memerlukan RM150,000 ke
atas. Pemindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000.
Kalau dulu penyakit kritikal dianggap tiada harapan untuk pulih, kini dengan kemajuan perubatan, penyakit kritikal boleh dirawat. Persoalannya sekarang, adakah kita mempunyai dana yang mencukupi untuk rawatan ini?
"Rawatan penyakit kritikal sering memakan tempoh yang lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi selain kemungkinan kehilangan mata pencarian. Ini amat membebankan kewangan pesakit dan mereka yang tersayang. Atas alasan itulah persediaan kewangan amat penting.
No comments:
Post a Comment