Sunday, 24 June 2012

Mengapa dan Bagaimana?


Kenapa saya tidak mengambil perlindungan Takaful? 

Dalam satu perbualan dengan seorang bakal pelanggan, setelah beliau faham akan kepentingan perlindungan dan pelan perlindungan untuk anaknya, beliau melontarkan soalan berikut:

 “Kalau begini punya penting, kenapa orang selalu lari atau tidak mahu ambil insurans/takaful?”

Kadang-kala soalan yang sama berlegar dalam fikiran saya. Mulanya dulu saya pun hairan tetapi lama kelamaan saya akur. Melalui pengalaman berhadapan dengan orang ramai, memang apa yang diperkata oleh pelanggan di atas ada benarnya. Setiap orang mempunyai pemahaman yang berlainan.

Malah, ada yang ekstrim yang menggelarkan agen insurans/takaful seperti meminta sedekah. Sedangkan jika kita faham,kewujudan agen ini adalah untuk mengelakkan kita meminta-minta jika musibah melanda. Adakah agen itu meminta sedekah jika usaha agen itu adalah menyelamatkan dia daripada kemungkinan bakal menjadi peminta sedekah? Fikirkanlah…

Top 10 alasan lazim kenapa orang ramai tidak mahu mengambil pelan perlindungan adalah:

1.    Saya tidak ada duit
2.    Saya tidak percaya agen insurans
3.    Saya tidak percaya dengan insurans
4.    Saya ada simpanan dan perlindungan lain
5.    Saya tidak percaya dengan syarikat insurans
6.    Saya sudah ada perlindungan yang diberikan oleh majikan
7.    Saya masih lagi muda
8.    Saya tiada tanggungan
9.    Saya tidak ada masa untuk mendapatkan insurans
10.  Saya kena berhenti merokok ke?

Dan saya ingin menambah satu lagi No.11 :

Tidak Tahu, Tidak Mahu Ambil Tahu dan Tidak Peduli.

Walau apapun alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada mendapatkan polisi perlindungan, melindungi diri individu dengan insurans adalah jauh lebih penting daripada semua alasan di atas.

Sebab yang paling utama bagi setiap insan untuk memiliki pelan perlindungan adalah supaya keluarga anda dapat mengekalkan gaya hidup seperti sekarang walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku.

Selain itu, polisi insurans juga direka untuk memenuhi keperluan spesifik masa depan anda dan juga keluarga, sama ada ianya untuk memenuhi keperluan tabung pendidikan anak, membesarkan ahli keluarga, mencapai impian anda ataupun satu skim persaraan yg selesa.  

Terdapat banyak pilihan pelan insurans di pasaran yang anda boleh pilih dan ditawarkan oleh PruBSN, mengikut matlamat dan keperluan kewangan anda. Mulakan mencari pelan yang paling sesuai untuk anda hari ini. Yang paling penting, adalah menjadi keutamaan anda untuk memastikan anda dan keluarga anda dilindungi tanpa mengira berapa pun usia anda sekarang.


Beli insurans sejak kecil
APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya.
Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.
Pada usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?
Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.
Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda? 
Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga. 
Apakah jenis insurans yang perlu diambil oleh golongan muda? 
Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.
Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorg itu sebelum membeli insurans? 
Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka. 
Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investment-linked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans

No comments:

Post a Comment