Wednesday, 21 November 2012

Ambil medical card ketika SIHAT....

Assalamualaikum, 



Just nak berkongsi, cerita daripada rakan agen berkenaan seorang client.
Terpaksa melakukan bermacam-macam requirement (medical check up la, blood test sampai 2 kali la, urine test semua)...lepas tu pulak, questionnaire punya melambak...umur client dalam awal 40-an, kerja syarikat oil and gas dan mempunyai income yang pada saya kalau makan gaji tu mmg sangat besar la, sebab kepakaran dan pengalaman beliau.
l
Asal ceritanya, dulu beliau tak nak mengambil Personal Protection a.k.a Medical Card sebab selesa dengan company benefit tempat beliau berkerja  yang akan membayar bil perubatan tanpa had (unlimited) kepada pekerja. Jadi, agent nie, tidak memaksa, cuma ada satu soalan agent nie tanya " Encik nak retire berapa tahun lagi?"...client tu pun start berkira2, dalam 12 tahun lagi...and agent pun bertanya "Lepas 12 tahun, company Encik nie cover Encik lagi tak?"...beliau kata "Tidak"...dan dari situ la terbuka hati nak amik medical card.


As usual, proses permohonan dibuat, disebabkan beliau pernah mendapatkan rawatan di hospital (pakai medical card company)...sakit sikit2 terus ke panel specialist (Damansara Specialist)...jadi, kena le declare. Kalau tak declare, nanti non-disclosure lagi susah. So, lepas declare, masuk dalam system, keluar le requirement macam2.


Bila dah keluar berbagai requirement, macam biasa la, settled kan la satu persatu, dekat 2-3 bulan jugak, ulang alik ke klinik utk check up, amik medical report dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, isteri client ada amik policy jugak, tapi sebab tak de masalah kesihatan, policy dan medical card dah approved dan coverage dah start berjalan dah.

And lepas satu persatu requirement di hantar (bukan sesenang terus approved)....keluar le CONDITIONAL ACCEPTANCE LETTER (syarat-syarat tambahan kepada policy tersebut). So, bila keluar syarat dalam sistem ...

1- Loading sebab ada macam-macam risiko penyakit yang berkaitan dengan darah (Hypertension, Hep B dan glucose yang akan tak normal)....and pada saya yang ini masih ok lagi, sebab duit kita boleh adjust atau boleh usahakan.

2- Death benefit kena revised, dari RM 10,000 ke RM48,000 due to sum assured multiple limitation, (sebab kami proposed dia amik basic sum covered sebab ini adalah policy tambahan yang focus lebih kepada medical)....alamakk...ini mesti declined medical card, kalau tak takkan jadi macam nie punya (based on my experienced)....

There......sekali keluar surat Condition Acceptance Letter, confirm le medical card KENA DECLINED.....and kena loading....client pun berat nak amik, sebab tujuan utama apply policy medical card utk dapatkan manfaat medical card, kalau tak dpt medical card lebih baik tak payah...

So, moral of the story..

1- Amik policy medical card ketika masih sihat dan tiada sebarang sejarah masalah kesihatan. 
2- Amik ketika masih muda, risiko penyakit kurang

3- Jangan terlalu yakin dengan medical card company, sebab medical card company hanya cover selagi mana kita bekerja di company tersebut. Macam rumah quarters, masa berkhidmat, kita boleh duduk kat quarters, dah tak berkhidmat, kena duduk rumah sendiri. Walau apa pun, mesti kena ada rumah sendiri. So, walau pun ada medical card company, kena stand by jugak medical card sendiri.

Akhir kata "MEDICAL INSURANCE NIE, MASA KITA LAYAK AMIK, KITA TAK NAK AMIK, MASA KITA NAK AMIK, ADA KEMUNGKINAN KITA TAK LAYAK NAK AMIK"

Jadi fikir2kan bersama sebagai pengajaran. Belajar dari pengalaman orang lain, kalau nak tunggu pengalaman sendiri (kena reject medical card baru nak belajar)...masa tu mungkin terlambat. 

Apa2 pun, ini semua adalah ikhtiar kita, walau pun ada medical card, belum tentu hidup kita senang kalau sakit, and walau pun tak de medical card, belum tentu hidup kita susah kalau sakit. Jadi, ingat, ini adalah IKHTIAR kita, penentuan kita senang ke susah, adalah hak milik MUTLAK ALLAH S.W.T...semoga kita diberikan rahmat oleh-Nya di dunia dan di Akhirat...Amin.

p/s: Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai medical card nie, boleh hubungi saya; Afifi Hj Mohamed 019-3231221...jangan segan, jangan malu, kalau perlu tanya dahulu. Tiada sebarang caj dikenakan. FREE CONSULTATION, NO OBLIGATION.

TQ

Afifi Bin Hj Mohamed
019-3231221
Senior Wealth Planner
Star Club Achiever 2011 & 2012

No comments:

Post a Comment