Semoga anda dan orang tersayang sentiasa dibawah rahmat dah perlindunganNya. Sememangnya kita sentiasa bermohon kepada Allah agar sentiasa dijauhi dan memelihara kita daripada musibah. Namun, sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari diuji.
Firman Allah swt:
Patutkah Manusia menyangka bahawa Mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami Beriman", sedang mereka tidak diUji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya Beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang Berdusta. (Al-'Ankabuut 2,3)
Baginda Rasulullah juga ada berpesan kepada kita supaya ingat akan lima (5) perkara sebelum datang lima (5) perkara. Usahlah kita merasa begitu bongkak dan takbur dengan pesanan ini seolah-olah kita dikecualikan dari 5 perkara tersebut.
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A.,
Pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud: “Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”
Berbalik kepada peringatan dan ikhtiar bagi meneruskan kehidupan di dunia yang penuh dugaan dan cabaran ini, saya ingin berkongsi tentang kepentingan merancang kewangan bagi meringankan beban disaat ujian melanda dan dihimpit kesusahan. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan sedikit sebanyak membuka minda tentang peluang yang ada bagi merancang masa depan dan tidak berputus asa dari nikmat dan pertolongan yang Allah limpahkan kepada kita.
Kita hanya mampu merancang, berdoa dan bertawakkal. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Semoga dikurniakan kepada kita sebaik-baik perjalanan di dunia ini bagi menuju Jannah yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment